20 October 2010

I'm not a mind reader but I'm reading the signs

Selamat malam , saya sangat bosan pada malam ini , Tidak tahu hendak buat apa selepas selesai menunaikan solat maghrib . Yeah :) Untuk pegetahuan semua , Malaysia sangat panas dan saya sudah tidak tahu bagaimana untuk menyejuk kan diri saya -_- Uhh ,Penghawa dingin atau pendingin hawa , tidak harus digunakan atau dibuka selalu kerana itu boleh menyebabkan bumi ini semakin PANAS --' Yeah , saya pandai berkata kata tetapi saya masih mengunakan penghawa dingin apabila saya berada didalam kereta .Bilik saya tidak mempunyai pendingin hawa .Yeah saya bukan orang yang kaya atau senang , Tetapi saya masih mempunyai kemahuan dan kehendak yang mampu diberi oleh kedua ibu bapa saya . yea , kalau awak masih ingat dahulu, semasa di tingkatan 3 , Pada mata pelajaran geografi , Kita belajar bahawa Malaysia berada di tengah tengah iaitu garisan khatulistiwa :) Yeahh , Ini adalah satu punca yang menyebabkan malaysia tidak mempunyai musim bunga , sejuk dan kemarau :) . Dan hari ini jugak , baba saya memberi cadangan untuk menukar kembali langsir pada bilik saya ,kerana langsir ini terlalu tebal --' Sebab itu panas . Aktiviti saya di rumah ialah , balik rumah dari sekolah masuk ke dalam bilik . Tunggu selama 30minit sambil melayari internet . Mandi turun dan makan . Okay , saya sebenarnya tidak tahu ingin post apa lagi di blog saya ini . Ouh , semalam saya bergaduh dengan kekasih saya , Alazeem . Dia sangat bodoh -_- dan pada hari ini , dia bertanya pada saya ape yang berlaku . Bodoh kan ? -_- Mungkin saya akan tunggu dia minta maaf pada saya , saya tahu dia masih cuba mengembira kan hati saya dan cuba mencarik tajuk yang mungkin akan membuat kan saya tergelak apabila membaca nya , Tetapi itu bukan saya . Kalau saya marah pada seseorang itu . saya mungkin tiada perasaan walau sedikit pun ,saya tidak kesah dia sudah berjasa atau tidak . Jadi apabila saya marah biarkan saya tenang dan cuba minta maaf kalau itu salah kamu . Yea , saya seorang perempuan yang mungkin banyak melakukan kesilapan dan saya tidak mudah memohon maaf , kerana saya seorang yang mementing kan diri sendiri , saya mengaku benda itu . Tak payah lah awak nak beritahu saya berulang ulang kali . Ini tubuh saya, saya yang melihat nya di hadapan cermin dan memandikannya . Jadi saya tahu apa yang saya lakukan , yang tidak saya lakukan . :) Saya juga takut untuk berterus terang . Apabila hati saya sakit disebabkan kawan kawan atau keluarga :) saya mungkin hanya akan mendiam kan diri dan cuba beristifar dan melupakan nya tetapi saya akan berterus terang pada Alazeem sahaja . Saya tidak tahu kenapa walaupun hati ini asyik tersinggung kerana dia :') Ouh , lagi ? saya juga seorang yang panas baran , Panas baran apabila saya tidak suka melihat apa yang tidak patut dilihat . Dapat ? :) Jadi saya haruslah mempunyai kekasih yang penyabar .Ouh , saya seorang perempuan yang mempunyai rupa . Tidak , saya tidak perasan ini adalah kenyataan :D Ramai lelaki yang dikecewakan oleh saya kerana mereka mengagak bahawa saya tidak mempunyai kekasih , tetapi ada . Ye , walaupun saya sering kali memaki hamun beliau , Tetapi di hati saya . Tetap dia . Bak kata org putih you are the only one gituuu:D Namun , Alazeem ? Susah untuk dipercayai walaupun sudah lama kami bersama . Yeaa saya percaya dia sayang saya . Tetapi tidak percaya pada lain lain hal . Ouh lupa , saya seorang perempuan yang kuat cemburu , Jadi saya haruslah mempunyai kekasih yang mempunyai sifat kesetiaan :) Yeah , Itu dia , Alazeem :D Saya tidak tahu apa rasa nya apabila ditinggal kan oleh Alazeem , bahkan kami pernah memutuskan hubungan selama lebih kurang 5minit , Itu pun saya sudah melalak bagai orang yang sudah dirasuk syaitan :) . Kawan? Ouh saya sangat menyayangi kawan saya walaupun baru , lama atau ditengah tengah .Saya tidak suka mencari musuh .Okayy , saya tidak dapat hidup tanpa keluarga , kawan , kekasih dan handphone saya . Saya rela pakai handphone pakai buang janji iya masih berfungsi untuk berhubung . :) Saya juga seorang perempuan yang kurang sopan nya , tetapi masih menghormati orang tua yang sudah beruban atau berkedut . :) Baba saya berkata ,saya seorang yang pemalas , yee saya tidak suka lipat baju, kemas rumah, sapu sampah .Tetapi saya rajin menukar cadar pada katil saya . :) Tambahan lagi , saya kini sedang anda kontroversi dengan kakak saya ,sara nalisa . Mungkin dia terasa kerana saya dan kakak pertama saya mengutuk nya di fb , Bukan mengutuk .saya cuba mengadu nasib pada kakak pertama saya :') Saya mintak maaf . Saya sudah cuba untuk bercakap balik dengan dia, Tapi dia masih enggan untuk bercakap dengan saya . Iyaa, dia bercakap tetapi hanya apabila saya bertanya kan soalan .Saya teringat peristiwa dahulu, Berlaku pergaduhan antara saya dan Lisa , Kami saling tumbuk menumbuk sehingga mulut saya berdarah dan baju superman saya koyak :( . Okay, lupakan itu . Mungkin saya sudah banyak merapu di post ini , Tapi tidak megapa bukan ? saya sangat bosan . Hanya orang yang sama bertegur di Facebook dan orang baru yang menegur di IM . Yeah , saya tidak sombong tetapi saya tidak layan orang yang menjengkelkan seperti AWAK ! Ouh tidak .Bukan awak ,mungkin orang lain . Dan saya juga amat bosan di rumah ini .Mama , boleh beli set snooker tak ? HAHA . Kayy , apa lagi yang hendak disampaikan disini , Mungkin awak sudah mengantok membaca ini . Tidak mengapa , saya tidak suruh :p Dan pada orang yang telah mencetak rompak ayat blog saya dan letak di blog awak . Ouh , saya sudah memaafkan anda . Erh , lagi satu . saya bukan gengster sekolah yang ingin cuba mencari gaduh pada sesiapa, Saya tidak akan mengacau hidup seseorang apabila seseorang itu tidak mengacau hidup saya . Tapi kalau disebalik nya , Ouh mungkin anda akan tergetar getar mendengar maki hamun saya . :) Saya tidak berlaku sopan pada orang yang mencari masalah dengan saya tetapi akan menjaga percakapan saya pada orang yang saya sayang tetapi cuba menjadi musuh dalam selimut:) Lagi saya masih tidak puas bertulis , Ouh saya rindu kan kehidupan yang dulu . saya rindu 15tahun . saya rindu masa Alazeem pkai bill di handphone nya kerana dulu dia sering menghubungi saya sehingga lewat malam , tetapi kini . Saya rasa sungguh payah dia hendak menekan butang hijau pada telefon 100 nya itu :) Tidak mengapa .E'eh saya seorang yang bukan mudah untuk mengambil gambar ,Ini bermaksud . saya kena mengambil banyak kali , mungkin dalam 20 shoot itu , mungkin ada 1 dan dua saja yag lawa :) Iye, saya bukan seorang photogenic :) Saya juga memandang remeh pada pakaian kekasih , Saya masih teringin kekasih saya memakai pakaian ala ala jonas brother . HAHA Ouh mungkin bulan 12 ini saya ingin memohon kerja , Tetapi saya takut untuk memberitahu bapak saya . :') Dan kemungkinan saya akan mengambil lesen motor , Mungkin :) Okay , Mungkin . Iyaa , saya sangat takut pada mayat . Mungkin hati saya akan tersentuh apabila melihat meraka , Terutama apabila mayat itu mati dalam keadaan seksa . Pffftt , Hmm saya jugak sedang mencuba untuk menurun kan berat badan , Kerana minggu lepas . saya telah membeli seluar pendek *hotpants tanpa mencuba nya dahulu . Akhirnya -_- Tak muattt . Bodoh kan ? Yeah . saya mungkin kurang pandai , tetapi saya mempunyai cita cita yang sangat tinggi . dan saya sudah menyusun segala gala perjalanan dalam kehidupan saya kelakkk :D

*Bulan Bahasa Malaysia . Kbyee