Pernah terasa awak menjadi sebutan sebutan orang ramai ? Haih .Tipu tidak pernah bukan ? Biasa lah itu . Lumrah kehidupan , kenapa msti melakukan itu ? Saya juga pernah berfikir kenapa wujud rasa tidak puas hati sesama manusia . Sedangkan tuhan sudah memberikan kita keistimewaan yang sama rata . Kau cantik , Dia mungkin tidak . Kau mungkin kurang pandai dan perlu lebih berusaha . Dia sudah pandai dan menjadi pelajar terbaik di sekolah :) Itu adil bukan ?
Kenapa wujud hasad dengki, iri hati didalam diri ? Yee , teguhkan iman kamu di dalam dada :) Mungkin sifat itu akan hilang .InsyaAllah . Haih Apa yang kau dapat ? Buanglah sikap itu . Kerana sikap itu lah kita masih tidak pernah aman hidup di dunia yang serba indah ini
Kawan yang baik akan sentiasa berada di sebelah walau kita jatuh menjunam atau pun kita naik ke puncak . Dia akan sentiasa berada di sebelah dan memberi kan senyuman yang manis :) Tetapi kawan, mempunyai macam macam sifat tersendiri . Kawan ketawa senang untuk dicari , Kawan menangis . Haih lumrah ..
Tuhan bersikap Adil bukan . Masing masing ada kelebihan tersendiri . Aku ada kelebihan aku , Kau ada kelebihan kau . Jadi ? Cukup lah wahai kawan . Buanglah sifat hasad dengki itu . Aku tidak pernah berkata buruk . Cuma aku ingin menasihati .Adakah itu salah ?