Rindu hidup bersosial , lepak hingga tengah pagi .Hisap shisha beramai ramai , pergi berdating bersama kekasih .*dulu . Sekarang , rindu . Sejak sibuk dengan persiapan SPM yang akn tiba kelak ni . Tiada masa untuk bersosial . Cemburu rasanya bila tengok remaja diluar sana berpeleseran walaupun itu bukan suatu kerja yang berfaedah tetapi bila bersama teman ,lupa masalah , Gembira :)
Peredaran zaman ? Biasalah kan , Bumi berputar . Begitu juga zaman , kalau dari dulu sampai sekarang sama . Nampaknya kita semua tengah berperang atau duduk dizaman tanpa warna . Hadui bosan rasanya . Apa yang aku cuba katakan ini ? Haih . Al maklumlah , otak kusut banyak masalah yang harus diselesaikan . Lepas satu satu .
Betul ke remaja Malaysia hanya meniru gaya gaya orang Barat ? Atau orang Barat yang meniru gaya kita ? Kalau difikirkan .Malaysia tidak mengajar mengadakan "ladies night" "every night is saturday night " . Ini orang kita yang meniru gaya orang Barat ini . Tidak dinafikan , peredaran zaman orang Barat dan orang Malaysia , Orang Malaysia banyak ketinggalan kerana kekurangan sumber atau mungkin Malaysia masih belum mempunyai teknologi yang tinggi . Bukan begitu ?
Bagaimana pulak dengan mat mat rempit ? Bagaimana mereka wujud ? Sedangkan rempit tiada di Barat sana . Jadi ? Adakah filem menjadi mentor ? Aku rasa bukan , sebab selepas wujud nya Mat mat rempit dan minah minah rempit , Barulah tersiar luas di akhbar , media dan selainnya . Jadi ? Dimana mereka wujud ? Bagaimana mereka boleh mempunyai puak yang besar dan mempunyai keberanian yang tidak pernah ada pada diri manusia lain kecuali mereka ?
Ee , sekarang banyak sungguh kes pembuangan bayi bukan ? Atau aku yang lambat update psl ni ? Laa, sorry der gua baru nk up :) Kenapa ? Janganlah buang , Bagi dekat rumah anak anak yatim or kalau nak anak "luar nikah" awak tu senang ,letak depan istana negara :) Awak tahu , sakit tau beranak , Bertarung nyawa . Mana pergi perasaan awak ? Adakah ini semua pasal desakan kekasih ? Hey teman , kalau awak itu bijak . Awak tidak membuangnya sesuka hati . Mereka yang membuang bayi ini semua mempunyai fikiran yang lurus dan cetek . Haih Malas mahu bercakap panjang .
Dunia makin berakhir , berbagai peredaran sudah dilalui . Jadi tunggu apa lagi ? Semua bencana sudah dirasai . Jadi ?