11 May 2011

Kenapa nak dibandingkan ? Kita tetap akan terbaring di tanah kelak

Baru sahaja melihat wajah dan keterampilannya sudah terbayang bagaimana tingkah laku budak ini , Sudah terfikir keburukan nya . Kenapa tidak fikir sahaja kebaikkan nya ? Perlu ke benda itu semua ?

Rumah besar , Pakaian macam lady gaga , Kereta bayar cash . Okayy Dia ini sombong , berlagak , kaya , kedekut .... Baju terkoyak , bumbung rumah kalau ditiup angin jatuh lah ia ,Pergi ke sekolah hanya megayuh basikal .Okay dia ini , susah , baik hati budi nya ,ramai tidak ingin berkawan dengan dia kerana kemiskinan dia ...

Sekolah sahaja tinggi , Sebut sahaja nama sekolah itu , Semua orang pasti mengenali . Tapi pemikiran pelajar didalam nya kolot . Kita sebagai manusia , Tidak boleh hanya mentafsir kelakuan seseorang . Hanya kawan dia sahaja akan tahu bagaimana mengapa dan apa kelakuan perbuataan dan selebihnya . Orang yang tidak mengenali nya kenapa ingin mengata pasal orang itu ?

Contoh , Aku :) Mempunyai muka yang sombong , berjalan tidak ingin memandang ke kiri dan kanannya ,mempunyai kawan yang ramai , sedikit sebanyak megetahui trend pada masa kini . Apa pendapat kau ? <--- Dia ini mesti sombong , berlagak , poyo , bajet bagus etc etc etc :) Begini sahaja , Kau tanya kawan kawan aku . Adakah aku begitu ?

Begini sahaja , Malas hendak menelaah . Kita tidak boleh melihat dari rupa paras . Kalau sibuk hendak mengkomen , Cuba menjadi teman seketika atau selamanya . Lihat bagaimana perangainya dan selanjutnya . Mengerti bukan ? :)