29 June 2011

Semua musim dah lalui , Tak kan nak mati sia sia

Hati : 11 tahun kau belajar Bela , Tak kan sijil Spm kau nak macam haram ?

Otak: Alah sempat lagi kan ...

Hati : Bela , sempat tak sempat belakang kira , Kau kena belajar . Kau cakap kau nak duduk depan klcc lah , Nak bukak Hotel lah , Resort seluruh dunia konon . Nak bagi Mama Baba kau duduk dekat Umrah lah bagi urus kan urusan Hotel kau dekat sana .

Otak : Itu kan angan angan hati -.- Jangan lah ambil serious sangat . Ish Kau ni pun hati , Satu !

Hati : Bukan masalah angan angan ke apa Bela . Cuba kau fikir , Wey orang buta pun boleh jadi Jutawan sebab dia usaha apatah lagi kita yang mempunyai sifat yang sempurna ni .Contoh depan mata , Tuhan tu adil lah . Dia akan tunjukkan setiap pengajaran untuk umat umatNya .

Otak : Aku tahu hati , Tapi aku malas .Kenapa Tuhan tak bagi je aku pandai .

Hati : Habis kalau Tuhan tu kasi semua umatNya pandai . Kenapa wujudnya perkataan Berusaha ? Jangan menyesal . Susah susah dahulu ,senang senang kemudian

Otak : Hati , Aku cuba . Bukan aku tak cuba . Aku nak belajar . Sumpah dengan nama Allah . Tapi sifat malas tu melekat ni dekat badan ni , Dah tak boleh tanggal dah

Hati : Semua manusia mempunyai sifat yang sama Bela . Kau cuba buang sifat tu dulu lepas 6 december kau kutip lah sifat sifat jahil kau tu Bela .

Otak : Kau tak faham hati ..

Hati : Kenapa aku tak faham ? Sedang kan keputusan kau semua melalui aku . Kau sudah berniat untuk belajar . Tetapi kenapa kau tidak memaksa ?

Otak : Paksa diri ? Buat apa kalau tak nak . Pokok pangkal hati

Hati : Kau fikir lah Bela , Ini masa depan kau . Takda siapa akan berdiri belakang kau nanti .Kau harap kan siapa nanti ? Alazeem kau ? Ke kawan kawan yang kau sayang tu ? Adik angkat kau ? Mereka tu semua tak akan ada nanti . Kau nak bagi apa kat Mama dengan Baba selepas dorang berpeluh peluh membesarkan kau sehingga kau jadi manusia yang sempurna macam sekarang ni . Kau berangan angan , bercita cita tinggi kalah orang yang sudah mempunyai sijil maktab . Mulut pandai berkata . Tapi malas , Apa guna ?

Otak : Memang masa depan aku . But takdir dah menentukan semua ~

Hati : Kita boleh mengubah takdir .Habis kalau takdir kau ada 4 Gagal , kau terima ?

Otak : Tawakal ~

Hati : Bela , itu bukan Tawakal namanya . Itu namanya Berputus asa tanpa mencuba . Kau boleh lah , Kau bukan nya bodoh. Kau tu malas .Berlagak bagus sangat kan . Cakap besar .Hentikan lah semua itu . Rendah diri sikit .

Otak : Hm :/

Hati : Lepas ini kau cuba belajar . Satu hari satu soalan pun jadi . Eh takboleh masa tidak cukup .Satu hari kau belajar satu jam pun cukup lah . Cukup lah wey .Kau tak dapat 10 A takpe . Mama and Baba cuma mintak result yang membangga kan dan yang kau mampu . Kau taknak ke dengar Mama Baba cakap " Sayang anak mama , :* " Dengan air mata berlinangan di pipi kerana bangga dengan result anaknya

Otak : Nak , Aku tak yakin :/

Hati : Sekarang sudah masuk bulan 7 , Kau kena yakin dengan diri kau . "Belajar sampai mati . Kau tak kan berhenti . Dunia sudah berteknologi orang bodoh akan diketepi" *pantun :D

Otak : Aku try insaf kan diri aku . Aku cuba ~

Hati : Aku harap kau buat , Untuk Diri , Mama , Baba :)

Otak : Kalau aku tak boleh jugak ?

Hati : Dalam dunia tiada perkataan kalau , Kalau wujud perkataan "Kalau" semuanya porak peranda . Allah adil :'

Otak : Aku cuba untuk berubah ~