
Semua melalui zaman yang sama , Kanak kanak . Remaja .Orang dewasa . Orang Tua . Semua orang juga melalui situasi yang sama , Naik . Jatuh . Tersilap langkah . Termakan rasuah . Semua orang juga melalui perasaan yang sama , Gembira . Sedih . Jatuh cinta . Putus cinta . Semua orang juga melalui hentakan yang sama . Ditinggalkan . Dikecewakan . Dicaci . Dimaki . Ditipu . Diduakan .Semua orang melalui kegembiraan yang sama . Kejayaan . Tetapi kenapa kita , Ye kita semua termasuk saya . suka mengeluh dan mengalah ? Sedangkan semua orang . SEMUA ! Semua yang berada diatas bumi ini menghadapi benda yang sama . Buktikan kepada saya , siapakah orang yang tidak pernah sekali pun melalui zaman zaman begini ? Dajjal agaknya . Oh maaf :) Apa gunanya kita mempelajari ilmu agama yang menyuruh kita supaya bersyukur ? Apa gunanya kata kata semangat didunia ini ? "Jangan menyerah kalah " atau dalam english "Dont give up" . Awak mungkin merasai kepayahan kesengsaraan kekecewaan hidup . Rasa macam nak pergi terjun bangunan tingkat 15 kan ? Haha . Cuba duduk , tenangkan fikiran . Dan tanya , " Adakah aku seorang sahaja yang menerima dugaan ini ? Adakah aku sahaja yang pernah merasai benda ini ? " Saya mengaku , saya pernah terasa macam "Urghhhh aku nak mati now ! Susah susah susah ! " kalau difikirkan ,betapa bodohnya aku ini kerana minta benda yang telah ditetapkan oleh Allah . Jahil ke aku ? Ye , ini perkara biasa untuk setiap golongan manusia . Tak kira yang diatas atau dibawah . Tetapi pernah tak terfikir yang mungkin ada yang lebih terbaik dari yang terbaik ? Ye ! Sebab kalau kita tidak dapat apa yang kita nak , Mungkin Allah dah sediakan yang lagi terbaik untuk kita . Aku tak cakap macam aku ini seseorang yang sempurna atau mengikut sunnah Nabi . Tetapi saya bercakap tentang kenyataan didepan mata yang mungkin orang yang tidak leka sahaja akan perasan :) Maaf , Assalammualaikum