Aku seorang perempuan yang masih belum meningkat umur dewasa , Masih dibawah tanggungan ibu bapa . Tetapi beribu ribu impian telah aku cipta untuk keperluan dan kehendak hidup kelak . Aku seorang perempuan yang bukan dilahirkan di golongan atasan . Bermaksud , Golongan Tan sri , Datuk , Datin . Aku percaya aku boleh pegang nama itu kelak :) Datin sara nabeela . Wootwoot . Aku juga bukan didalam golongan orang yang tinggi ilmu pegetahuannya . Tetapi ,Allah tidak pernah membandingkan sesiapa diantara umatnya kecuali dosa dan pahalanya . Namun, Allah juga tidak pernah melarang sesiapa pun dari mengejar cita cita dan mempunyai impian :) Jika didalam kereta bersama keluarga di atas jalan raya .Sering melihat bermacam macam jenis kenderaan yang dimiliki oleh masyarakat . Mula berangan apabila aku memakai kereta yang diimpikan . Sambil memakai cermin mata hitam , Amboi seronok tak terkata . Kalau cakap pasal impian , Mana ada manusia pernah kata lagi "Aku ingin meyapu sampah disekitar ibu kota" "Aku ingin menjadi jaga di tandas tandas awam" Haih Kalau ada orang sebegitu . Aku doakannya berjaya :) Semua orang ingin dipandang mulia , Duduk dikerusi empuk sambil mengarah pekerja . Atau selainnya :) Aku juga mempunyai impian yang tinggi . Ibu bapa ku juga tidak dapat menolong aku untuk mengejar impian ku kerna masih banyak yang harus difikirkan . Tetapi aku tahu , Ibu dan bapa sering meyokongku dari belakang . :) Aku ingin memiliki kereta ini . Sangattt ingin , Yee aku tahu . Aku bodoh kerna ini kereta impian ku sedangkan kau mampu membelinya . Maaf, Aku ingin berusaha untuk memiliki nya sendiri bukan dari ibu bapa .Aku cuma mintak mereka meyokong sahaja .
Ya Allah , berikanlah kami peluang untuk mengejar cita cita kami . Berikanlah kami peluang untuk melihat ibu dan bapa kami menangis kerana kami telah membawa kejayaan kami kepadanya . aku ingin membalas semua titik peluh mereka Ya Allah . Amin :)