
Kesian engkau , Baru merancang untuk ke jinjang pelamin terus dihalang oleh kedua ibu bapa . Jadi ? Hendak lari ke mana ? Thailand ? Berkahwin tanpa wali yang wajib ? Atau membayar rasuah kepada wali hakim untuk megesahkan bahawa anda berdua suami isteri ? Cukup , lihatlah ke langit . Tenung lama lama , Fikirlah tentang masa hadapan . Masa bercinta semuanya manis ,Tidak nampak satu pun bau busuknya . Percaya lah aku ,kalau sudah bertahun bersama lagi lagi sudah berkahwin . Haih jawabnya , Bahagia hilang ,panggilan sayang atau manja pun susah untuk di dengar . Fikirlah , adakah dengan berkahwin lari atau tanpa restu dari ibu bapa itu akan membawa kebahagian ? YEE , Aku tahu kau sayang , kau cinta ,kau ingin bersama , tapi sabarlah wahai teman . Jika dia jodoh kau , Kau di utara dia di selatan pun kau akan bertemu dengan dia . Jodoh di tangan tuhan . Memang kita tidak boleh bergoyang kaki untuk menunggu jodoh itu datang . Tapi sabarlah mesti ada jalan yang sudah ditetapkan oleh Illahi :)
Aku bercinta . Yee , aku bercinta sudah 3tahun bersama . Tetapi aku tidak percaya dia jodohku , Biarlah Tuhan yang menentukan . Aku cuma perlu berdoa dan bertawakal . Bahagianya jika cinta yang kita bawa balik untuk ditunjukkan kepada kedua ibu bapa kita itu direstui . Pasti kenduri besar besaran akan dijalankan . Mana taknya hendak memberitahu sekampung bahawa anaknya sudah berlaki atau beristeri .Bahagia bukan ? Jika kahwin tanpa restu oleh kedua ibu bapa,Alamatnya tidak akan boleh jejak kaki dirumah mereka.Biasalah kan :)
Belajarlah dulu wahai teman , Banyakkan ilmu didada . Penuh kan duit didalam akaun bank atau selainnya . Tunjukkan pada manusia , Aku mampu membayar nafkah kelak :) Bagi orang yang kurang mampu untuk pergi mencari ilmu . Aku faham , Tapi berusaha lah untuk dipandang oleh manusia . Jaga lah sikap dengan sebaik mungkin , Mungkin ada nanti yang berkenan . InsyaAllah .Apa lagi nak dikatakan disini ? Habis sudah idea dipagi yang indah ini . Maaf jika engkau kurang bersetuju dengan pendapat aku . Aku cuma ingin memenuhi permintaan :) Harap sudah dimaklum kan .
Assalammualaikum