
Masih tertanya di manakah kebolehan dan kelemahan diri aku ini . Apa yang ingin aku jadi ? Atau apakah yang patut aku jadi ? pada masa depan kelak . Aku teringin melihat ibu bapa ku menangis kegembiraan . Dan ini bukan angan angan , ini matlamat ! Bila bertanya pada semua manusia yang ada didalam bumi ini .
Apa matlamat kamu wahai teman ?
Aku ingin menjadi orang yang berguna :) Aku ingin pergi ke luar negara . Aku ingin menjadi orang yang terkaya . Bermacam macam jawapan yang akan aku dapat . Betull , ini semua matlamat . Teruskan sehingga kau sampai dan capai matlamat mu itu . Aku juga mempunyai banyak matlamat . Kalau berkumpul bersama teman teman untuk berbincang tentang kehidupan mungkin matlamat ku yang paling penat untuk didengari oleh mereka . Yelahkan , banyak sungguh katanya . :)
Aku sudah bosan dengan diri aku . Apa perubahan yang telah aku buat ? Tahun baru azam baru , Kononnya . Tapi ? Habuk pun tak nampak . Ini ke pelajar yang akan mencipta sejarah kelak ? Haih Bosan dengan aku . Sudah keras sangat . susah untuk dibetulkan balik , Haik bukan bermaksud lain . Maksud aku sukar untuk berubah sikap . Kata guru setiap kali perhimpunan pagi , " jika kita ingin berjaya , kita mestilah mengubah sikap terlebih dahulu " . Tapi aku akan cuma walau bagaimana cara pun !
Kini ibu aku selalu berpesan "Mama sayang sangat dekat bela ,belajar rajin rajin tau " sambil megusap usap rambut lembutku . :') Ingin berlinang air mata ini bila mendengar kata kata semanis itu keluar dari mulut ibu yang mempunyai syurga di telapak kakinya . Mama sabarnya , bela cuma tau mama, Beela cuba ....
Ya Allah , kenapa tidak Engkau campakkan sahaja sedikit ilmu ke dalam otak ku ini Ya Allah ?