02 March 2011

Selamat hari jadi yang ke 17 justin bieber :)


Aku kini berada di tingkatan 5 :) Semua tahu bukan ? Jadi di tingkatan 5 ini lebih spesifik lagi 17 tahun aku akan menghadapi SPM . Aku dah post pasal SPM banyak kali :) Tetapi aku tak nak membiarkan blog aku ni penuh dengan cerita cerita lama . Jadi akan memerah otak untuk postttt je suka suka aku .


Aku mengambil 10 matapelajaran untuk SPM . 6 wajib dan 4 elektif yang itu ekonomi asas , perdagangan , tasawwur islam , prinsip perakaunan . Haihh Banyak sangat bukan ? Cop ini bukan tamak . Tahun lepas aku cuma mengambil 9 subjek sahaja tetapi semua rakan rakan aku membawa mulut megatakan Subjek Tasawwur Islam senang untuk score . Aku dengan muka berlagaknya masuk lah kelas itu :) Syukur , semuanya berjalan lancar .


Tadi di sekolah , saya menduduki ujian intenvensi prinsip perakaunan . Haih cuma boleh menjawab separuh dari soalan yang diberi kan . Apa itu ? Spm makin hampir . Tapi masih tidak dapat menjawab dengan bibir mengukir senyuman akan tetapi masih meletakkan tangan di kepala untuk diurut urut . Apa doh ni ? -,- Baba cakap , tkpe . cuma :) Usaha tangga kejayaan kan . Takpe bela , cuma lagi cuma lagi .

Matematik , subjek untuk dikira . Siapa tidak kenal pada matematik ? Satu dunia tahu . Matematik yang suka menyuruh pelajar mencari X dan Y yang sering tidak bernombor . Menyusahkan sahaja . Kadang kadang bosan dengan apa yang dipelajari . Tapi saya tetap target A untuk matematik . Doa kan tauu :)


Apa ekk ? Ya Allah , saya ni pelupa sikit . Ada kerja yang harus diselesai kan . Bye